Sunday, August 28, 2011

KIta harus Tahu...


Alih matamu ke laut,

Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,

Tapi hanya ALLAH sahaja tahu rahsia di dalamnya,

Begitulah dengan kehidupan ini,

Riang tawa..hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya,

Jika rasa kecewa pandanglah sungai,

Airnya tetap mengalir walaupun berjuta batu menghalang,

Jika rasa sedih pandanglah langit,

Dan dirimu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu !


Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada ALLAH adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNYA,

Rasa bahagia dengan ujian walau perit,

Di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,

Indahnya tarbiyah ALLAH tersirat rahmat & hikmah,

Diuji kita sebagai tanda sayangNYA..


Bahagianya kekasih ALLAH dihadiahi ujian yang amat hebat,

Sebagai tanda kasihNYA,

Begitulah rupanya berkasih dengan ALLAH,

Tak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah,

Tapi dilindungi dengan ujian & cubaan yang tak berkesudahan,

Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang ALLAH kepada hambaNYA,

ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNYA..


Tuesday, August 23, 2011

Bila Guru Rindu sama Pelajarnya


Kepada Cikgu-Cikgu :

TaNya ciKgU kehAdiraN aNaK mUriDnya ~
RINDU ?. hadiR ciKgu.
BENCI ?.. saYa ....
KASIH ? Tak hadiR
SAYANG ? saKiT ..ciKgU
CINTA ??..CINTA kEmana? tanya CIKGU...
RINDU & BENCI mEnjaWaB : CINTA pULaNg ciKgU..
KEnaPa ??. taNya CIKGU..
sErEntaK RINDU & BENCI menjaWab : KERANA CINTA XKN PERNAH HADIR TANpA KASIH & SAYANG..

Saturday, August 6, 2011

Itulah Guru

Jika Hari Ini
Seorang Perdana Menteri Berkuasa

Jika Hari Ini 
Seorang Raja Menaiki Takhta

Jika Hari Ini 
Seorang Ulama Yang Mulia

Jika Hari Ini
Seorang Peguam Menang Bicara

Jika Hari Ini 
Seorang Penulis Terkemuka

Jika Hari Ini
Siapa Sahaja Yang Menjadi Dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembutnya, sabarnya mengajar tulis baca


(usman Awang)

Friday, August 5, 2011

Tanggungjawab Kita Sebagai Remaja Muslim

Sebagai remaja Muslim, kita mempunyai empat tanggungjawab : 

Pertama : Kita WAJIB sadar bahwa waktu remaja bukanlah untuk berhura-hura, tetapi waktu tersebut WAJIB diisi dengan mencari ilmu pengetahuan dan menghayati Agama Islam. Jadikan waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan apabila kita semakin tua kelak.  

Kedua : Kita tidak mudah terperdaya dengan unsur-unsur negatif. Ambillah budaya yang baik dari siapapun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. Tetapi kekalkan akhlak dan cara kehidupan orang Islam. Kita akan menjadi orang yang paling disegani dan dihormati kelak. Kita akan Mulia di dunia dan di akhirat, insya Allah. 

Ketiga : Sebagai remaja, janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan perasaan cinta dan mencari pasangan. Hal itu tidak membawa banyak hasil. Malah waktu kita yang berharga yang sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau berbakti kepada masyarakat. 

Keempat : Hormatilah Orang Tua kita, walaupun pada pandangan kita mereka tidak memahami jiwa dan perasaan kita. Sesungguhnya, Orang tua kita adalah pintu syurga. Sekiranya kita tidak sependapat dengan mereka maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan, bukan dengan membentak dan menunjukkan marah.  

Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra', ayat 23 yang artinya, "Dan Tuhanmu telah menentukan agar kamu jangan menyembah melainkan Allah dan hendaklah kamu berbuat baik dengan mereka. Jika salah seorang dari mereka atau kedua-dua mereka telah berusia tua, maka janganlah berkata kasar kepada mereka, akan tetapi ucapkan kepada mereka dengan ucapan yang baik dan lembut." 

Salam Ramadhan


salam ramadhan kepada semua...
rasanya belum terlewat lg aku  mengucapkan salam ramadhan kali ini
semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan sbelum ini
dan sama-sama la kita mencari keberkatan ramadhan tahun ini....
semoga puasa kita di terima oleh Allah SWT...amin